Monday, June 29, 2009

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Siapakah yang layak menjadi anggota KTESB?

a. Terbuka kepada rakyat warganegara Malaysia, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik.

b. Koperasi-koperasi dan ahli-ahli seluruh Malaysia. Kakitangan kerajaan dan swasta juga dialu-alukan menjadi ahli Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad.

2. Berapa bayaran yang dikenakan untuk menjadi anggota dan membeli syer didalam KTESB?

a. Fi masuk untuk menjadi anggota KTESB adalah sebanyak RM50.00 (Ringgit: lima puluh sahaja) sekali seumur hidup. Fi masuk akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk

b. Kepada bekas ahli yang ingin menjadi anggota semula juga dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit: lima puluh sahaja).

c. Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran minima RM 100.00 (Ringgit: satu ratus sahaja). syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil KTESB.

3. Apakah keistimewaan menjadi anggota KTESB?

a. Terdapat pelbagai program yang dapat membantu anggota KTESB menjana pendapatan anggota diantaranya ialah Program Kijangmas (jual beli emas) dan IDC (Program kesetiaan).

b. Kepada IKS yang menjadi anggota, KTESB menyediakan khidmat konsultant dan kaunseling bagi membantu mereka yang ingin memajukan perniagaan mereka dari segi kewangan dan juga nasihat. Badan-badan yang terlibat adalah seperti Teguh Konsult Sdn Bhd (Perladangan), SMIDEC dan 35 agensi kerajaan yang lain. IKS juga boleh mengemukan produk mereka untuk diniagakan oleh KTESB. KTESB akan memasarkan makanan halal untuk pasaran luar negara, dengan itu IKS ataupun mana-mana syarikat makanan halal di Malaysia digalakkan untuk bekerjasama menyertai program perniagaan didalam KTESB.

4. Apakah keistimewaan melabur didalam KTESB?

a. Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat Koperasi Teguh Emas yang berkembang pesat.

b. Dengan adanya program-program pelaburan yang ada didalam KTESB, taraf kehidupan anggota akan meningkat dan secara tidak langsung masalah kewangan dan perbelanjaan anggota KTESB dapat diatasi. Oleh itu, sama-samalah kita menjadi anggota KTESB dan merebut peluang-peluang yang ada.

c. Pelaburan yang selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan professional.

d. Pelaburan mudah dan boleh dibuat melaui paysheet dan pembelian tunai.

e. KTESB membayar zakat perniagaan.


**(nota: soalan-soalan lazim akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Friday, June 26, 2009

MESYUARAT PERMULAAN KTESB

Syukur ALHAMDULILLAH kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad (KTESB) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bertarikh 21 Jun 2009.Pada majlis tersebut, KTESB telah melantik enam Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang akan menerajui serta memastikan hala tuju KTESB direalisasikan. Ahli Lembaga Koperasi juga bertanggungjawab terhadap perjalanan koperasi serta memastikan ahli-ahli koperasi mendapat faedah sewajarnya. Tujuan KTSEB ditubuhkan terbahagi kepada 2 aspek iaitu pembangunan dan kebajikan. Aspek pembangunan merangkumi bantuan menjana pendapatan ahli, khidmat nasihat bagi Industri Kecil Sederhana (IKS), peluang pekerjaan dan sebagainya. Jesteru itu, aspek kebajikan dapat dilaksanakan dan membantu ahli-ahli koperasi keluar dari kepompong kemiskinan. Keadaan mesyuarat agung boleh dilihat di bawah. Akhir kata, jutaan terima kasih yang takterhingga kepada bakal anggota yang hadir, AJK-AJK kecil dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad. Terima Kasih.

FUNGSI & AKTIVITI KTESB

Fungsi utama KTSEB ialah perkhidmatan dan menjalankan aktiviti "jual beli emas". Diantara fungsi dan aktiviti yang lain adalah:

Tuesday, May 19, 2009

INFORMASI MENJANA PENDAPATAN ANDA

Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad (KTESB) menyediakan program pelaburan & informasi bagi mendapatkan dana-dana dari kerajaan serta membantu ahli-ahli Koperasi dan anak-anak syarikat yang bernaung di bawah KTESB. Diantaranya:

1. Pelaburan – Kijangmas (Syiling Emas)

2. Program Loyalty – IDC (Berlian)

3. Pelaburan – Treading

4. Pelaburan – Perladangan (Kelapa Sawit)

5. Pelaburan – Pertanian (ubi kayu, Pokok Jarak dll.)

6. Pelaburan – Pembangunan & infrastruktur.

Bagi ahli-ahli koperasi yang memerlukan pinjaman kewangan, KTESB dapat membantu menguruskan pinjaman wang kepada pihak BANK & Koperasi. KTESB juga menyediakan khidmat konsultan bagi membantu ahli-ahli koperasi menguruskan syarikat dan mendapatkan dana-dana kerajaan mahupun khidmat nasihat. Diantara badan-badan yang terlibat ialah SMIDEC, FAMA, MARDI dan juga 33 agensi kerajaan yang lain. Bagi ahli-ahli Koperasi yang berminat boleh berususan dengan pegawai-pegawai di KTESB. KTESB akan sentiasa sedia membantu mereka yang ingin maju.