Friday, June 26, 2009

MESYUARAT PERMULAAN KTESB

Syukur ALHAMDULILLAH kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad (KTESB) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bertarikh 21 Jun 2009.Pada majlis tersebut, KTESB telah melantik enam Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang akan menerajui serta memastikan hala tuju KTESB direalisasikan. Ahli Lembaga Koperasi juga bertanggungjawab terhadap perjalanan koperasi serta memastikan ahli-ahli koperasi mendapat faedah sewajarnya. Tujuan KTSEB ditubuhkan terbahagi kepada 2 aspek iaitu pembangunan dan kebajikan. Aspek pembangunan merangkumi bantuan menjana pendapatan ahli, khidmat nasihat bagi Industri Kecil Sederhana (IKS), peluang pekerjaan dan sebagainya. Jesteru itu, aspek kebajikan dapat dilaksanakan dan membantu ahli-ahli koperasi keluar dari kepompong kemiskinan. Keadaan mesyuarat agung boleh dilihat di bawah. Akhir kata, jutaan terima kasih yang takterhingga kepada bakal anggota yang hadir, AJK-AJK kecil dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Teguh Emas Selangor Berhad. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment